Rumah Teres Setingkat Untuk Dijual

RUMAH TERES SETINGKAT UNTUK DIJUAL

Rumah teres setingkat untuk dijual. Kawasan perumahan berjiran dengan orang Melayu. Jiran yang baik. Tapi ada juga jiran bangsa lain. Suasana aman dan damai. Jiran pun baik dan bagus. Berhadapan dengan Kampong Seri Geriang Hulu Bernam. 

1. 3 bilik tidor dan 2 bilik air

2. Bahagian belakangnya telah disambung sedikit, di mana dinding dan lantainya adalah kepingan zink yang tebal untuk dijadikan ruang dapur atau tempat memasak.Boleh letak peti ais dan dapur.

3. Di bahagian belakang juga ada table top dengan 2 singki serta paip berkembar.

4. Bilik tengah telah ditambah dengan loteng di bahagian atasnya. Boleh juga nak buat bilik untuk anak bujang tapi perlu letak pendingin hawa. Kalau tak keadaannya agak panas. Insya Allah kukuh sebab lantainya kayu gelegarnya saiz 2 x 5 inci. Memang kuat. Manakala lantainya pulak adalah papan plywood yang digunakan untuk membuat tiang konkrit. Tangga naik ke atas dibuat daripada kayu, juga bersaiz 2 x 5 inci.  Boleh juga dibuat stor barang. 

5. Di bahagian hadapan pula, telah ditambah dengan awning, saya yang buat (buat sendiri). Kalau upah pada masa itu, kosnya lebih kurang RM6000.00. Saya buat sendiri kosnya hanya RM3000.00 sahaja. Alhamdulillah. Insya Allah kukuh. 

6. Pagar hadapan telah diubah kepada pintu sliding. Pintu lama digabung menjadi sliding. Manakala sebelah lagi telah dibuat pintu baru, juga dalam bentuk sliding. Boleh masuk kereta 2 buah dalam satu masa. 

Akses kepada kemudahan awam sangat dekat:

1. Stesen bas Tanjong Malim (5 minit)

2. Stesen Komuter Tanjong Malim (5 minit)

3. Klinik Desa Tanjong Malim (5 minit)

4. Bank Islam, Maybank, Public Bank, Bank Rakyat dan Bank Simpanan Nasional (5 minit)

5. RnR Hulu Bernam. Boleh ikut jalan belakang (Ladang kelapa sawit) - (5 minit)

6. RnR Tanjong Malim (5 minit)

7. Masjid Ar Rahman Hulu Bernam (5 minit)

8. UPSI - Kampus Induk (5 minit). Kampus Sultan Azlan Shah (Baru)- Proton City (15 minit)

9. Kilang Proton di Proton City (10 minit)

10. Pusat Bowling (UPSI) - Kampus baru (15 minit)

Dan banyak lagi kemudahan yang berdekatan....


PANDANGAN HADAPAN RUMAH. 



GAMBAR LUAR DAN DALAM RUMAH


Tandas tengah. Antara Master Bedroom dengan laluan ke dapur

Laluan tengah ke bilik Master Bedroom dan ruang tamu

Tangga untuk naik ke loteng. Boleh buat satu bilik. Anak bujang atau boleh dijadikan stor.

Pandangan hadapan rumah. Rumah mengadap ke Kampung Seri Geriang.

Laluan ke bilik belakang, diletakkan peti ais dan dapur. 

Ruang tamu. Pandangan daripada dalam rumah.

Pandang ke dapur dari lorong tengah

Di sini adalah asalnya ruang dapur. Dining room. Dapur telah diubah ke belakang

Ruang tamu. Pandangan daripada pintu masuk.

Sudut kiri ruang tamu. Pandangan daripada pintu masuk.

Ruang belakang yang dijadikan dapur. Luas lebih kurang 5 x 20 kaki.

Cuma, mohon maaf, rumah kurang kemas . Banyak barang. Jika dah ada pembeli kami akan keluarkan barang-barang tersebut. 

Ada bersama adalah alat penghawa dingin. Bilik tidur utama, dan bilik kedua. Ada 2 unit. Masih berfungsi dengan baik. 

Jika berminat, boleh datang tengok rumah. Suasana dalam rumah agak sejuk walaupun cuaca panas di luar. Sayang nak jual. Tapi sebab ada komitmen lain, jadi terpaksa juga jual. 

Harga kami letak RM295,000.00.  Tapi boleh cuba berunding jika berminat. 

JIKA TUAN PUAN BERMINAT DAN INGIN BERBINCANG SAHAJA BOLEH HUBUNGI SAYA. 

PANDANGAN HADAPAN RUMAH




BOLEH HUBUNGI SAYA DENGAN MENEKAN LINK DI BAWAH INI:

KLIK SINI UNTUK BERTANYA

ATAU BOLEH SCAN QR CODE BERIKUT:



SEMOGA DIPERMUDAHKAN URUSAN TUAN PUAN DAN KAMI SEKELUARGA.

HARAP JANGAN KECAM KAMI. JIKA TUAN PUAN BERMINAT, HUBUNGI JE SAYA. 

TERIMA KASIH.

OWNER : CIKGU BUDIMAN

BOLEH JUGA LIHAT PEMANDANGAN LUAR RUMAH ATAU JALAN KE RUMAH DENGAN KLIK LINK GOOGLE DI BAWAH.




Comments